Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kenaikan harga hotel di Makkah, Madinah akan dibincang dengan Saudi, dedah Menteri Agama M'sia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan pihaknya akan mengemukakan isu berhubung kenaikan harga hotel di Makkah dan Madinah kepada Menteri Haji Arab Saudi.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan pihaknya akan mengemukakan isu berhubung kenaikan harga hotel di Makkah dan Madinah kepada Menteri Haji Arab Saudi.

Beliau berkata demikian menerusi catatan Facebook menyusuli laporan berhubung kenaikan harga itu yang berlaku akibat kenaikan kos di negara berkenaan yang akan memberi kesan kepada jemaah umrah. 

"Saya amat memahami perkara ini sedikit sebanyak telah membangkitkan keresahan para jemaah umrah. Sepertimana sedia maklum, perkara ini adalah di luar kawalan pihak kita.

"Ia tentunya memberi kesan bukan setakat kepada jemaah umrah Malaysia bahkan kepada jemaah negara-negara lain juga," katanya yang kini berada di Arab Saudi mewakili negara untuk menghadiri Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023.

Menurut Mohd Na’im, beliau berharap pihak agensi umrah dapat mempertimbangkan ruang dan kaedah terbaik agar kenaikan kos keseluruhan yang dikenakan tidak melampau sehingga membebankan bakal jemaah umrah.

Semalam (8 Jan), Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dilaporkan meminta bakal jemaah umrah bersiap sedia sekiranya berlaku kenaikan harga pakej umrah oleh agensi pelancongan masing-masing pada saat akhir sebelum mereka berlepas ke tanah suci.

Menurut laporan itu, kenaikan harga berpunca daripada kenaikan mendadak kadar harga hotel di Makkah dan Madinah pada masa ini.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan