Skip to main content

Dunia

Kemungkinan satu lagi tsunami cetus keprihatinan pupusnya badak Jawa terancam

Tsunami yang melanda Indonesia pada hujung minggu lalu mencetuskan keprihatinan bahawa satu lagi ombak besar mungkin akan menyebabkan berpuluh-puluh badak Jawa yang hidup di hutan belantara pupus kesemuanya, menurut pihak berkuasa pemuliharaan pada Jumaat (28 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Kemungkinan satu lagi tsunami cetus keprihatinan pupusnya badak Jawa terancam

Kurang daripada 70 ekor spesies badak terancam dipercayai berada di sebuah taman negara tidak jauh daripada gunung berapi Anak Krakatau yang aktif. (Gambar-Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Dec 2018 10:58PM Dikemas Kini : 28 Dec 2018 11:07PM

JAKARTA: Tsunami yang melanda Indonesia pada hujung minggu lalu mencetuskan keprihatinan bahawa satu lagi ombak besar mungkin akan menyebabkan berpuluh-puluh badak Jawa yang hidup di hutan belantara pupus kesemuanya, menurut pihak berkuasa pemuliharaan pada Jumaat (28 Dis).

Kurang daripada 70 ekor spesies badak terancam itu dipercayai berada di sebuah taman negara tidak jauh daripada gunung berapi Anak Krakatau yang aktif, yang mencetuskan ombak tsunami Sabtu lalu.

Tiada seekor pun haiwan berkenaan terbunuh akibat bencana itu, yang mengorbankan lebih 400 orang. Bagaimanapun, para pegawai memberi amaran bahawa satu lagi ombak tsunami boleh melanda wilayah tersebut.

Ini meletakkan tekanan ke atas para pegawai pemuliharaan di Taman Nasional Ujung Kulon, di bahagian hujung barat pulau Jawa di Indonesia, untuk mempertingkatkan rancangan jangka panjang bagi mencari habitat lain yang sesuai untuk badak-badak tersebut.

Related article image

"Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk berusaha lebih kuat mencari habitat kedua bagi haiwan itu kerana ancaman itu nyata," kata Ketua Taman Negara, Mamat Rahmat, kepada agensi berita AFP.

"Kami bernasib baik tsunami itu tidak menjejas badak-badak Jawa, tetapi ancaman wujud dan kami perlu bertindak sewajarnya."

Widodo Ramono, Ketua Yayasan Pemuliharaan Badak Indonesia, berkata: "Jika anda hanya mempunyai satu habitat dan satu lagi ombak tsunami melanda wilayah ini, badak-badak itu akan hapus kesemuanya."

Rancangan untuk mencari habitat kedua bagi badak tersebut sudah dibuat sejak sekitar lapan tahun lalu, dengan para pegawai pemuliharaan meninjau-ninjau kawasan-kawasan di merata Jawa dan Sumatera, namun mereka masih belum berjaya mencari tempat yang sesuai, katanya.

Encik Rahmat pula berkata saiz habitat, iklim, sumber makanan dan air serta perlindungan daripada para penceroboh adalah antara kriteria penting.

"Masih terdapat banyak isu yang perlu dihuraikan," tambahnya.

Tempat perlindungan sedia ada bagi badak-badak tersebut di taman itu terdiri daripada kawasan hutan hujan seluas sekitar 5,100 hektar dan turut merangkumi sungai air tawar.  

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita