Kemunculan mengejut pelumba F1 Lewis Hamilton di sekolah KL buat ramai teruja
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Fazreen Idham/X
PETALING JAYA: Orang ramai terkejut dan teruja apabila melihat kehadiran pelumba sensasi Formula Satu (F1), Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (SMKSK) Kuala Lumpur pada pagi Jumaat (15 Mac).
Kehadiran juara dunia tujuh kali Formula 1 itu difahamkan adalah bagi memenuhi jemputan bagi program di bawah Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKSK Jalinan Petronas Petrosains.
Menurut ciapan oleh Fazreen Idham, satu video turut dimuat naik memaparkan pemandu Britain berusia 39 tahun itu sedang berbual dengan beberapa orang pelajar, dipetik daripada agensi berita Kosmo!

Tinjauan agensi berita Kosmo! di ruangan komen mendapati, bukan sahaja warga SMKSK teruja, malah orang ramai turut terkejut dengan kehadiran Hamilton kerana perlumbaan F1 di Litar Antarabangsa Bahrain baru sahaja bermula 3 Mac lalu.
“Ini program-program tanggungjawab sosial korporat (CSR) lah ni. ‘Sporting’ jugak Lewis Hamilton dan Team F1 Mercedes setuju sertai program macam ni. Bagus, bagus,” komen Afiq.
“Ini mungkin kali terakhir Hamilton muncul secara ‘random’ (rawak) di Malaysia sebelum dia sertai pasukan Ferrari tahun depan,” komen Hazimi.
“Seriuslah datang Keramat! Ada saudara-mara dekat Keramat ke apa? Sekolah jiran sebelah tu pergi tak, boleh jalan kaki tak sampai lima minit. Mesti sesak lah Lembah Keramat hari ini,” komen Darlisa.
Difahamkan, juara dunia itu ke KLCC selepas itu bagi acara yang dijadualkan seterusnya.
Hamilton dilapor bakal meninggalkan Mercedes sebaik kontraknya berakhir hujung musim ini untuk menyertai Ferrari pada musim 2025.
Hamilton memutuskan untuk meninggalkan Mercedes dengan alasan untuk mencari cabaran baharu sekali gus mampu membantunya memburu gelaran dunia kelapan.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.