Skip to main content

Dunia

Kempen vaksinasi dilancar setelah polio kembali merebak di Indonesia

Sekumpulan murid sekolah serta kanak-kanak kecil bersama ibu bapa mereka masing-masing beratur pada Isnin (28 Nov) untuk mendapatkan suntikan vaksin polio di dataran bandar Sigli, Sumatera, Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
 Kempen vaksinasi dilancar setelah polio kembali merebak di Indonesia

Seorang kanak-kanak mendapatkan suntikan vaksin polio di dataran bandar Sigli, Sumatera, Indonesia, pada 28 November 2022. (Gambar: AP)

SIGLI: Sekumpulan murid sekolah serta kanak-kanak kecil bersama ibu bapa mereka masing-masing beratur pada Isnin (28 Nov) untuk mendapatkan suntikan vaksin polio di dataran bandar Sigli, Sumatera, Indonesia.

Ini selepas empat kanak-kanak didapati dijangkiti penyakit yang amat mudah berjangkit itu. Indonesia mengisytiharkan polio sudah dihapuskan di negara itu kurang sedekad yang lalu.

Namun, virus itu pertama kali dikesan pada Oktober lalu apabila seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang mengalami lumpuh separuh badan di wilayah Aceh berdekatan Sigli.

Sejak itu, tiga kes lain kemudian dikesan, sekali gus mendorong agar imunisasi dan penyebaran maklumat secara besar-besaran dijalankan.

Menurut pegawai, kadar imunisasi polio di wilayah konservatif itu jauh ketinggalan berbanding bahagian-bahagian lain di Indonesia.

Usaha itu dihambat oleh salah maklumat yang meluas bahawa vaksin itu bercanggah dengan kepercayaan agama. Selain itu, pemerintah mengutamakan vaksinasi COVID-19.

Kempen yang bermula pada Isnin itu bertujuan memberi suntikan vaksin kepada kira-kira 1.2 juta kanak-kanak di wilayah itu, kata Ketua Pengarah bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan, Maxi Rein Rondonuwu.

Khabar angin palsu bahawa vaksin polio mengandungi daging babi atau minuman keras tersebar secara berleluasa, terutama di kawasan luar bandar. Hal ini merumitkan lagi usaha vaksinasi, kata Ketua Pejabat Kesihatan Aceh, Hanif.

Perhimpunan Kesihatan Sedunia menerima pakai ketetapan bagi penghapusan polio di seluruh dunia pada tahun 1988 dan sejak itu, kes virus polio liar telahpun merosot lebih 99 peratus, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ia sudahpun dihapuskan di Indonesia pada 2014 dan hari ini, masih lagi sebuah endemik di dua negara - Afghanistan dan Pakistan.

Polio menjejas terutamanya kanak-kanak di bawah usia lima tahun, menurut WHO.

Bagaimanapun, individu yang tidak divaksin - tidak kira usia - boleh dijangkiti virus itu dan kes penyakiti terus timbul sekali-sekala.

Menurut Encik Rondonuwu, tiada seorang pun daripada tiga kanak-kanak lain merupakan antara kes positif pertama - dari perkampungan yang sama di Indonesia - sudahpun mendapatkan suntikan vaksin asas mereka terhadap polio.
 
Sumber : AP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita