Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kempen PRU15 M'sia berakhir 18 Nov; lebih 21 juta rakyat turun mengundi esok

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Hari berkempen selama 14 hari bagi Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 berakhir pada Jumaat (18 Nov) sebelum lebih 21 juta pengundi membuat pilihan mereka pada Sabtu (19 Nov).

Seramai 945 calon bertanding untuk merebut 222 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum Malaysia yang paling sengit itu.

Hampir kesemua kawasan undi melibatkan pertandingan lebih daripada dua calon di sesebuah kawasan undi.

Tiga gabungan utama parti-parti politik iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yakin dapat menang sekurang-kurangnya majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk sendiri kerajaan.

Namun sesetengah pengamat politik percaya hal itu tidak akan terjadi, antaranya kerana perpecahan dalam undi orang Melayu.

Di samping 222 kerusi parlimen, para pengundi di Perak, Perlis, dan Pahang perlu juga memilih para ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Pilihan raya DUN turut diadakan di Bugaya, Sabah.
Sumber : Agensi berita/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan