Skip to main content

Dunia

Kempen pilihan raya Presiden AS terus dipergiat meski kes COVID-19 melonjak

Kempen pilihan raya Presiden terus dipergiat meskipun kes jangkitan COVID-19 melonjak di seluruh negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kempen pilihan raya Presiden AS terus dipergiat meski kes COVID-19 melonjak

(Gambar: AP Photo/Chris O'Meara)

Diterbitkan : 31 Oct 2020 09:08PM Dikemas Kini : 31 Oct 2020 09:13PM

WASHINGTON: Kempen pilihan raya Presiden terus dipergiat meskipun kes jangkitan COVID-19 melonjak di seluruh negara itu.

Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat sudah melepasi sembilan juta, naik daripada 8 juta kes hanya dalam masa dua minggu, dengan lebih 90,000 kes dilaporkan dalam sehari.

Walaupun berdepan dengan peningkatan kes saban hari, Presiden Donald Trump meyakinkan orang ramai bahawa vaksin akan dihasilkan "dalam beberapa minggu lagi".

Beliau juga menuduh para doktor mengaut keuntungan daripada virus korona:

"Bagi pengetahuan anda, doktor-doktor kita mengaut lebih banyak wang jika seseorang mati akibat COVID. Anda tahu hal ini bukan? Maksud saya, para doktor kita adalah orang-orang yang amat cerdik. Jadi apa yang mereka lakukan adalah dengan mengatakan 'Saya minta maaf', tetapi seperti yang diketahui anda boleh mati akibat COVID.

"Tetapi di Jerman dan di tempat-tempat lain, jika anda menghidap serangan jantung atau barah, penyakit membawa maut, selesema, doktor mengatakan anda mati akibat barah," kata Encik Trump.

Encik Trump juga berkeras berkata bahawa virus itu akan "hilang".

"Kami hanya ingin keadaan biasa," beritahunya kepada para penyokong - kebanyakan mereka tidak memakai pelitup muka -- di sebuah rapat umum di luar berdekatan Detroit. Beliau turut menggesa negeri-negeri lain untuk menarik balik sekatan kesihatan awam dan kembali meneruskan kehidupan harian.

Selain itu, beliau juga mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pakar kesihatan pentadbirannya sendiri dan memperlekehkan lebih 229,000 warga Amerika yang sudah meninggal dunia akibat COVID-19.

"Jika anda dijangkiti, anda akan pulih, dan anda akan lali dengan virus tersebut," kata beliau. 

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita