Kempen pembiayaan 1 bilion makanan oleh UAE cecah AS$140 juta dalam 15 hari
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Karim Sahib)
DUBAI: Kempen '1 Bilion Pembiayaan Makanan', yang dilancarkan oleh Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, bagi menubuhkan dana pembiayaan bantuan makanan terbesar sempena Ramadan, sudah mencatatkan jumlah sumbangan sebanyak AED 514 juta (S$186 juta) selepas 15 hari pelancarannya.
Jumlah berkenaan disumbangkan oleh 87,000 penyumbang utama, individu, perniagaan serta institusi awam dan swasta yang membuktikan budaya memberi dan kemurahan hati di UAE, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Menteri Hal Ehwal Kabinet dan Ketua Setiausaha Inisiatif Global Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Mohammad Abdullah Al Gergawi, berkata bahawa kempen itu bertujuan menyediakan jaringan keselamatan makanan untuk penduduk yang kurang bernasib baik di seluruh dunia.
Kempen '1 Bilion Pembiayaan Makanan' didorong hasil bantuan makanan yang dilancarkan sebelum ini atas inisiatif Sheikh Mohammed sejak tiga tahun lalu.
“10 Juta Makanan” pada Ramadan 2020, merupakan solidariti yang pertama dan terbesar seumpamanya, menyokong mangsa pandemik COVID-19 di UAE.
Ia diikuti dengan kempen "100 Juta Makanan" pada Ramadan 2021 yang merupakan kempen sokongan makanan serantau terbesar merangkumi 20 negara di rantau Arab, Afrika dan Asia.
“1 Bilion Makanan” tahun lepas adalah kempen terbesar seumpamanya di peringkat serantau, menyediakan 1 bilion makanan buat 50 negara dan memajukan sumbangan UAE kepada usaha global untuk membasmi kelaparan.
Di tengah-tengah sambutan yang semakin meningkat ini, kempen '1 Bilion Pembiayaan Makanan' terus mengalu-alukan sumbangan dan dana pembiayaan daripada institusi dan individu merentasi lima saluran utama termasuk laman kempen (https://www.1billionmeals.ae/en/).

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.