Skip to main content

Dunia

Kempen Biden catat rekod kutip AS$38 juta dalam 4 hari selepas debat: Laporan

Anggaran Waktu Membaca:
Kempen Biden catat rekod kutip AS$38 juta dalam 4 hari selepas debat: Laporan

Gambar fail: Matt Kelley/AP

Diterbitkan : 03 Jul 2024 09:18AM Dikemas Kini : 03 Jul 2024 11:15AM
WASHINGTON: Kempen pemilihan semula Presiden Amerika Syarikat Joe Biden telah mencatat rekod dengan mengumpulkan US$38 juta (S$52 juta) dalam empat hari sejak debat presiden pertama yang menimbulkan kebimbangan meluas mengenai kemampuan kognitif Encik Biden, lapor Sputnik, memetik The Washington Post pada Selasa (2 Jul).

Pegawai kempen berkata pada hari debat dan hari berikutnya, kempen pemilihan semula Encik Biden mencapai rekod kutipan dana tertinggi dan kedua tertinggi, masing-masing, daripada sumber akar umbi seperti sumbangan dalam talian dan melalui pos.

Mereka juga berkata hampir separuh daripada sumbangan akar umbi selepas debat datang daripada penyumbang kali pertama.

Pada masa yang sama, prestasi buruk Encik Biden semasa debat pertamanya bagi perlumbaan 2024 dengan calon utama Republican, Donald Trump, dilaporkan telah menyebabkan ahli politik Democrat, penderma, dan penyokong lain meragui kesesuaiannya untuk menjadi calon presiden Democrat.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita