Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kemiskinan bukan punca kanak-kanak di M'sia maut makan sisa tong sampah

Faktor kemiskinan dikatakan bukan punca dua kanak-kanak warga Myanmar yang maut pada Ahad (13 Feb) selepas makan sisa makanan daripada tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut.

Anggaran Waktu Membaca:

LANGKAWI: Faktor kemiskinan dikatakan bukan punca dua kanak-kanak warga Myanmar yang maut pada Ahad (13 Feb) selepas makan sisa makanan daripada tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut.

Peniaga kedai makan berhampiran kawasan itu yang mahu dikenali sebagai Paksu Kassim mendakwa dua kanak-kanak itu tidak menghadapi masalah mendapatkan makanan.

"Ayah mereka kerja sebagai pengawal keselamatan dan tukang memperbaiki bot.. dia juga tangkap ketam... kadang-kadang dia tinggal anak-anak di rumah jiran-jiran untuk jaga.

"Dapat hasil tu dia bagilah anak-anak dia makan... tapi kita (penduduk kampung) pun kesian juga kita pun tolong. Kita bagi sumbangan yang kita mampu.

"Kadang-kadang saya bagi beras, bagi susu, sini saya berniaga roti canai... kadang saya kuih-kuih, roti canai. Orang lain pun ada bagi makan... sampai budak tu pun tak larat makan. Mereka cukup makan badan pun sihat," dakwanya ketika ditemui Astro AWANI di kawasan itu pada Isnin (14 Feb).

Media sebelum ini melaporkan, dua beradik warga Myanmar maut selepas dipercayai makan sisa makanan dari tong sampah di kampung berkenaan pada Ahad.

Encik Shariman Ashari berkata polis menerima laporan berhubung kematian dua kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin, 4, dan Ngei, 2, pada kira-kira pukul 6.15 petang.

"Siasatan awal mendapati, pada pukul 5.30 petang bapa mangsa yang berumur 36 tahun ternampak dua anaknya berada di kawasan tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum mengangkat kedua-dua mangsa ke rumah jiran berdekatan," katanya.

Sementara itu, pada Isnin, Encik Shariman dilapor berkata bapa kanak-kanak terbabit ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan