Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kemi Badenoch jadi pemimpin Parti Konservatif baharu Britain

Anggaran Waktu Membaca:
Kemi Badenoch jadi pemimpin Parti Konservatif baharu Britain

(Gambar: AFP/BENJAMIN CREMEL)

Diterbitkan : 02 Nov 2024 09:05PM Dikemas Kini : 02 Nov 2024 09:07PM
LONDON: Kemi Badenoch menjadi ketua Parti Konservatif baharu Britain pada Sabtu (2 Nov).

Beliau berjanji untuk mengembalikan parti yang dominan itu kepada prinsip asasnya, serta mendapatkan semula pengundi selepas parti tersebut mengalami kekalahan paling teruk ketika pilihan raya Julai.

Cik Badenoch, 44 tahun, mengambil alih mantan Perdana Menteri Britain Rishi Sunak, dan berjanji untuk memimpin parti itu pada fasa pembaharuan, dengan berkata parti itu sudah melencong ke arah politik berhaluan tengah, dengan "memerintah dari haluan kiri" dan perlu kembali kepada idea tradisionalnya.

Beliau juga yang merupakan wanita berkulit hitam pertama untuk memimpin parti politik utama Britain, akan memimpin dengan politik berhaluan kanan.
Cik Badenoch menjadi pemimpin Konservatif kelima sejak pertengahan 2016, selepas 53,806 anggota parti mengundinya dan mengalahkan mantan menteri imigresen, Robert Jenrick, dalam peringkat akhir yang menyaksikan enam calon yang bertanding. Encik Jenrick meraih 41,388 undi.


Dengan kerajaan Buruh yang memulakan pemerintahan secara tidak memuaskan berikutan kemenangan besar parti itu pada pilihan raya, sejumlah anggota Konservatif semakin optimis bahawa mereka boleh meraih semula kuasa pada pilihan raya akan datang, yang perlu diadakan pada 2029.

Namun, beberapa anggota Konservatif yang lebih berhaluan tengah bimbang Cik Badenoch bukan sahaja akan mengasingkan anggota parti yang sederhana, tetapi juga beberapa pengundi yang diraih oleh Demokrat Liberal berhaluan tengah pada pilihan raya lalu.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan