Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kemeriahan Thaipusam cerminkan masyarakat M'sia Madani, kata Ahmad Zahid

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kemeriahan sambutan Thaipusam di seluruh Malaysia menjadi cerminan sifat masyarakat Malaysia Madani, yang penuh keterbukaan dan saling menghormati.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata dari Georgetown di Pulau Pinang sehinggalah ke Batu Caves di Gombak, jutaan penganut agama Hindu merayakan sambutan itu dengan tekun dan meriah.

"Raikan kemeriahan ini dengan penuh harmoni dan kesederhanaan. Patuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi memastikan perayaan dapat disambut dengan lancar," katanya kepada Bernama.

Beliau turut mengucapkan selamat menyambut Hari Thaipusam kepada penganut agama Hindu di Malaysia, mewakili warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Fadillah Yusof, turut mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada rakyat Malaysia yang beragama Hindu.

Dalam catatan di Twitter, beliau berharap rakyat Malaysia akan terus memelihara perpaduan, keharmonian dan saling menghormati, yang menjadi teras kemakmuran serta kesejahteraan negara itu.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan