Kemeriahan Piala Dunia 2022 hangat terasa di 'Mini Brazil' di Pakistan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Rizwan Tabassum)
KARACHI: Kemeriahan Piala Dunia dapat dirasakan di sebuah kawasan di Pakistan yang digelar 'Mini Brazil'.
Walaupun Pakistan belum pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia, ramai anak mudanya mendaftarkan diri ke dalam akademi bola sepak tempatan untuk berlatih selama berjam-jam setiap hari.
Contohnya di daerah Lyari, yang dibanjiri para peminat bola sepak sehingga diberi gelaran 'Mini Brazil'.
Mereka menaruh harapan agar dapat menyertai temasya sukan antarabangsa itu suatu masa kelak.
Meskipun ia salah satu daerah termiskin di bandar Karachi, setiap empat tahun, para penduduk Lyari bersungguh-sungguh menghiaskan lorong-lorong dengan warna-warna pasukan unggul seperti Brazil, Sepanyol dan Portugal.
Tahun ini, mereka menghasilkan sebuah lukisan yang memaparkan ikon-ikon bola sepak seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar.
Pada Selasa (29 Nov), semasa berlangsung perlawanan antara Brazil dengan Switzerland, suasana di 'Mini Brazil' itu riuh-rendah dengan alunan muzik.
Ramai yang mengenakan jersi klasik Brazil berwarna kuning dan hijau.
Ribuan orang dijangka membanjiri kawasan tersebut untuk menonton perlawanan Kumpulan G antara Brazil dengan Cameroon yang akan berlangsung pada dini hari Sabtu (3 Dis).
"Saya rasa pasukan kegemaran saya adalah Brazil. Saya suka penjaga gawang Brazil, Ederson. Dia penjaga gawang kegemaran saya," kata seorang peminat Brazil.
Para peminat di 'Mini Brazil' itu tentunya berharap suasana pesta akan berterusan sehingga 18 Disember dengan Brazil nantinya muncul sebagai juara.

Sumber : Reuters/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.