Kementerian Pertahanan Malaysia arah siasatan ke atas 'kegiatan tidak bermoral' di kem tentera
Kementerian Pertahanan mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan terdapat individu tidak berkaitan memasuki kem tentera serta wujud kegiatan tidak bermoral di dalam kem seperti yang tular di media sosial.
Anggaran Waktu Membaca:
Petikan skrin video viral yang menunjukkan aktiviti hiburan di kem-kem tentera. (Imej: TikTok/@tegak.kebenaran)
- Kementerian Pertahanan Malaysia mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyiasat dakwaan individu luar memasuki kem tentera dan kegiatan tidak bermoral yang tular di media sosial sejak 4 Januari.
- Pihak kementerian memandang serius isu ini kerana ia tidak mencerminkan nilai dan disiplin ATM yang berteraskan profesionalisme serta pematuhan prosedur keselamatan.
- Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi jika dakwaan terbukti benar, selaras dengan undang-undang dan peraturan semasa.
- Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi awal yang boleh menjejaskan reputasi MINDEF dan ATM, sementara siasatan dijalankan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan terdapat individu tidak berkaitan memasuki kem tentera serta wujud kegiatan tidak bermoral di dalam kem seperti yang tular di media sosial.
Kementerian Pertahanan Malaysia memaklumkan pihaknya memandang serius dakwaan tersebut kerana ia tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.
"Jika didapati benar, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak selaras dengan peraturan, tatacara serta undang-undang semasa.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi MINDEF dan ATM," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, MINDEF dan ATM sentiasa komited dalam memastikan disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan berada pada tahap tertinggi serta tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejas imej dan kredibiliti institusi pertahanan negara.
Sejak Ahad (4 Jan), tular di media sosial mendakwa terdapat kegiatan tidak bermoral di kem-kem askar melibatkan individu luar dan pegawai tentera.

Sumber : Bernama/IM/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.