Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kementerian Perhubungan perjelas pelawat asing boleh masuk Indonesia melalui lapangan terbang Jakarta

Kementerian Perhubungan Republik Indonesia menjelaskan bahawa para pelawat asing dibenarkan memasuki negara itu menerusi Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta setelah dilaporkan bahawa lapangan terbang tersebut ditutup kepada para pelawat antarabangsa dalam usaha untuk membendung kenaikan pada jumlah kes jangkitan yang disebabkan oleh varian Omicron.

Anggaran Waktu Membaca:

JAKARTA: Kementerian Perhubungan Republik Indonesia menjelaskan bahawa para pelawat asing dibenarkan memasuki negara itu menerusi Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta setelah dilaporkan bahawa lapangan terbang tersebut ditutup kepada para pelawat antarabangsa dalam usaha untuk membendung kenaikan pada jumlah kes jangkitan yang disebabkan oleh varian Omicron.

Dalam kenyataannya pada Isnin (7 Feb), Kementerian Perhubungan Republik Indonesia menjelaskan dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam menyatakan bahawa warga Indonesia dan pelawat asing yang ingin bercuti ke Indonesia hanya boleh berbuat demikian menerusi Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai di Bali, Lapangan Terbang Hang Nadim di Batam dan Lapangan Terbang Raja Haji Fisabilillah di Tanjung Pinang.

Kementerian itu turut menyatakan bahawa kenyataan tersebut sepatutnya berbunyi: "Warga Indonesia dan pelawat asing yang melakukan perjalanan dari luar negara atas tujuan untuk bercuti boleh memasuki negara ini menerusi Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai (Bali), Lapangan Terbang Hang Nadim (Batam) dan Lapangan Terbang Raja Haji Fisabilillah (Tanjung Pinang).

"Justeru (selain daripada lapangan terbang ini), para pelawat dari luar negara atas tujuan pelancongan juga boleh memasuki menerusi Lapangan Terbang Soekarno-Hatta."

Sebelum ini pada Isnin, beberapa wadah berita tempatan dan asing termasuk Reuters melaporkan bahawa Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta ditutup kepada para pelawat antarabangsa dalam usaha membendung jangkitan COVID-19 yang disebabkan oleh varian Omicron.

Indonesia pada Ahad melaporkan 36,057 kes baru COVID-19, iaitu yang tertinggi dalam masa enam bulan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan