Kementerian Perdagangan Dalam Negeri M'sia cadang bincang potensi ekonomi dengan Johor
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bercadang mengadakan mesyuarat khas bersama Kerajaan Johor dalam masa terdekat bagi membincangkan potensi ekonomi negeri itu memandangkan lokasinya berdekatan Singapura.
Menterinya Salahuddin Ayub berkata menerusi mesyuarat itu satu jawatankuasa antara KPDN dan kerajaan negeri akan diwujudkan dalam usaha membangunkan secara besar-besaran mengenai prospek dan peluang ekonomi di negeri itu.
"Saya akan menghubungi Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi dalam tempoh segera agar satu mesyuarat khas dapat dimulakan supaya kita dapat mengenal pasti peluang dan lokasi strategik untuk ekonomi sempadan ini. Misalnya sektor perkhidmatan yang boleh dibangunkan secara komersial iaitu industri pembersihan dan basuh kereta, dapat pulangan begitu lumayan.
"Jadi kenapa tidak diterokai bidang yang lain juga, supaya kami dapat bincang untuk merancakkan ekonomi tempatan khususnya di kawasan sempadan Singapura," katanya kepada wartawan selepas menyerahkan daging korban kepada masyarakat Parlimen Pulai pada Majlis Ibadah Korban di Bandar Baru Uda pada Jumaat (30 Jun).
Beliau berkata selepas Johor, KPDN juga akan mengadakan sesi libat urus dengan Kerajaan Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua sempadan negeri itu turut memiliki potensi ekonomi komersial yang besar.
"Ini antara yang sedang dirancang, kami akan adakan secepat mungkin. Selepas Johor, Sabah dan Sarawak pula kerana sempadan sana memang berpotensi besar disebabkan ibu negara Indonesia iaitu Nusantara akan beroperasi sepenuhnya jadi kita tidak boleh terkebelakang," katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.