Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kementerian Pengangkutan M'sia harap peruntukan tinggi untuk tambah baik pengangkutan awam

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) mengharapkan peruntukan yang tinggi dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat (24 Feb) untuk tujuan penambahbaikan pengangkutan awam. 

Menteri MOT Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya akan memanfaatkan dan memastikan pengurusan yang baik peruntukan yang akan diterima nanti bagi memastikan keselesaan rakyat terutamanya mereka yang bergantung kepada perkhidmatan berkenaan. 

“...bukan sahaja pengangkutan awam di Semenanjung tetapi juga di Sarawak dan Sabah yang kita juga ada perkhidmatan udara yang perlu kita berikan untuk kawasan-kawasan luar bandar. 

“Kita juga mengharapkan untuk memberikan perkhidmatan bas di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak yang juga merupakan permintaan kita supaya mendapat peruntukan tambahan untuk memulakan satu sistem bas henti-henti yang lebih baik dan cekap di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program wawancara Naratif Khas terbitan RTM bertajuk ‘Transformasi Pengangkutan Negara’. 

Dalam masa sama, beliau turut mengharapkan kerjasama daripada kerajaan negeri terutamanya bagi negeri yang mempunyai kerjasama sedia ada dengan kerajaan Persekutuan dalam konteks penyediaan pengangkutan awam. 

“Dalam aspek pengangkutan ini kita tidak melihat kepada perbezaan politik. Kita mesti menawarkan perkhidmatan yang baik kepada rakyat kerana ini bersangkut dengan mutu kehidupan rakyat kerana apa yang penting kita nak perkasakan pengangkutan awam supaya rakyat dapat hidup dengan lebih selesa,” katanya. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan