Kementerian Pengangkutan Indonesia tawar khidmat pengangkutan percuma sempena Aidilfitri
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Yasuyoshi CHIBA)
JAKARTA: Kementerian Pengangkutan Indonesia (Kemenhub) melancarkan inisiatif pulang ke kampung secara percuma buat kali kedua tahun ini pada Ahad (7 Apr).
Ribuan penumpang dan motosikal dapat menikmati inisiatif tersebut di Pelabuhan Penumpang Tanjung Priok, Jakarta Utara, pada Ahad (7 Apr).
“Mereka akan ke destinasi akhir iaitu Semarang dengan menaiki kapal KM Dobonsolo pada hari Ahad pukul 16.00 Waktu Indonesia Barat (WIB),” kata Pegawai KSOP Utama Tanjung Priok bagi Jabatan Perkapalan dan Laut, Purnomodi Jakarta, pada Sabtu (6 Apr).
Jelasnya, terdapat sebanyak 1,009 motosikal terlibat, serta 2,457 peserta.
Para peserta kumpulan pertama yang pulang ke kampung secara percuma melalui laut di Tanjung Priok, pada Jumaat (5 Apr), dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi.
Sebelum menaiki kapal, motosikal yang dibawa oleh kumpulan kedua itu akan menjalani pengesahan yang terdiri daripada semakan dokumen pendaftaran, memasang pelekat, pemeriksaan minyak dan pendaftaran akhir.
“Pengesahan akan dilakukan di tempat letak kereta pelabuhan,” kata Encik Sumadi.
Pihaknya mencatatkan 2,037 penumpang dan 876 motosikal daripada kumpulan pertama yang sudah berlepas dari Tanjung Priok pada Jumaat.
Beliau juga berkata, Kementerian Pengangkutan Indonesia mencatatkan seramai 4,850 penumpang dan 2,078 motosikal berdaftar secara keseluruhan untuk belayar menaiki kapal KM Dobonsolo, dari Pelabuhan Tanjung Priok.
Sementara itu, Kementerian Pengangkutan Indonesia menyatakan bahawa 4,785 bakal penumpang dan 2,028 motosikal sudah mendaftar untuk berlepas pergi-balik secara percuma dari Semarang ke Jakarta pada 13 dan 15 April.
Terdapat 2,362 bakal penumpang dan 1,020 motosikal yang sudah mendaftar untuk pulang pada 13 April. Manakala 2,423 bakal penumpang dan 1,008 motosikal didaftarkan untuk pulang pada 15 April, tambahnya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.