Skip to main content

Dunia

Kementerian Pendidikan M'sia bincang pemakaian semula pelitup di sekolah

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Khamis mengadakan perbincangan khas berkaitan isu penularan Covid-19 dan cadangan pemakaian semula pelitup muka di sekolah seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perbincangan khas tersebut bagi mencari penyelesaian terbaik demi keselamatan dan kesihatan para pelajar yang akan mula bersekolah pada minggu hadapan.
“Pagi ini mempengerusikan perbincangan khas berkait isu penularan Covid dan cadangan pemakaian pelitup muka bagi mencari penyelesaian terbaik demi keselamatan dan kesihatan anak-anak kita yang akan mula bersekolah minggu depan,” ciapnya di Twitter pada Khamis (27 Apr), dipetik daripada agensi berita Sinar Harian.

Menurut laporan Sinar Harian pada Rabu (26 Apr), KKM akan mencadangkan supaya pemakaian pelitup muka diwajibkan semula di sekolah bagi mengekang lonjakan kes Covid-19 susulan penularan varian XBB.1.16, atau dikenali sebagai Arcturus.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau akan mengadakan pertemuan segera bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum sekolah dibuka semula pada 2 Mei, lapor Sinar Harian.

Tambahnya, garis panduan berhubung prosedur operasi standard (SOP) membabitkan murid dan pelajar di sekolah akan dikeluarkan sebelum pelajar mereka memulakan persekolahan selepas cuti Aidilfitri.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita