Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kementerian Pendidikan M'sia akan jumpa ibu bapa pelajar ditampar jurulatih

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Satu perjumpaan bersama ibu bapa dua pemain pasukan bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang ditampar jurulatih, akan diadakan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insiden itu.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan pada Isnin (2 Jan) berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan dan akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia sekiranya ada laporan polis dibuat mengenainya.

"Pada masa yang sama, KPM juga akan meneruskan siasatan bagi tujuan tatatertib dan jika didapati bersalah, tindakan sewajarnya akan diambil."

"KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan," menurut kenyataan itu.

Pada Ahad (1 Jan), tular di media sosial sebuah rakaman video yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang dipercayai jurulatih pasukan bola tampar wanita menampar dua pemain pasukan itu.

Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dalam kenyataan pada Ahad pula melaporkan jurulatih berkenaan sudah digantung daripada melibatkan diri dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai.

MAVA melaporkan pihaknya juga sudahpun menubuhkan badan siasatan bagi menyiasat kejadian dengan serta-merta, dan akan berhubung dengan pihak berkaitan bagi tujuan itu.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan