Kementerian Pendidikan Malaysia siasat dakwaan kertas Sejarah SPM bocor
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek. (Gambar fail: Bernama)
NILAI: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat berhubung dakwaan berlaku kebocoran soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi kertas subjek Sejarah.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab penuh mengenai soal itu dan memberi jaminan terhadap integriti pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan.
"Kita akan siasat dan ambil penuh tanggungjawab ini.
"Dalam masa sama saya tegaskan, integriti kita cukup tinggi dalam mengawal dan memastikan isu peperiksaan ini dijaga dengan rapi dan dikawal dengan baik.
"SPM ini adalah peperiksaan nasional dan dari segi integriti, keselamatan dan kawalan adalah sangat ketat.
"Jadi apa saja dakwaan tentang kebocoran ini kita akan siasat," katanya ditemui wartawan selepas program Hari Perpaduan Silang Budaya dan Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian pada Selasa (6 Feb), lapor agensi berita Sinar Harian.
Beliau berkata demikian menjawab dakwaan kebocoran kertas pemeriksaan Sejarah SPM.
Mengulas lanjut berkenaan isu tersebut, Cik Fadhlina berharap para pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM tidak terganggu dengan berita berkenaan bagi membolehkan mereka memberi fokus pada kertas peperiksaan lain.
Menurut laporan Sinar Harian, beliau juga berkata, prosedur operasi standard (SOP) sedia ada adalah sudah mencukupi bagi mengelakkan isu kebocoran kertas peperiksaan berlaku.
Dalam pada itu beliau berkata, sebanyak RM788 juta (S$223 juta) diperuntukkan untuk pemberian BAP melibatkan seramai lebih lima juta murid yang dijangka selesai sepenuhnya 10 Februari ini.
Ujarnya, di Negeri Sembilan, sebanyak RM26,458,050 (S$7.5 juta) diperuntukkan untuk BAP melibatkan 176,387 pelajar di 478 buah sekolah.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.