Kementerian Pendidikan Malaysia pantau keadaan susuli pencemaran bau kimia di Johor Bahru
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. (Gambar: Bernama)
KLUANG: Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa di beberapa sekolah berhampiran dengan kawasan terlibat dalam kejadian pencemaran bau kimia di Johor Bahru.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya juga akan mendapatkan cadangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) serta agensi berkaitan sama ada terdapat keperluan untuk sekolah ditutup atau sebaliknya demi memastikan kesejahteraan pelajar dan guru.
"Pihak pentadbir sekolah mesti mematuhi dan mengambil langkah yang digariskan dalam garis panduan yang disediakan KPM, khususnya ketika menghadapi isu pencemaran," katanya kepada para wartawan selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sekolah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Perdana pada Isnin (9 Sep).

Pada Rabu lalu, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor Mohd Rashdan Topa dilaporkan berkata pihaknya mengesan gas ammonia dengan bacaan kepekatan tinggi menerusi pemantauan kualiti udara yang dilakukan di Sungai Pandan, Kampung Melayu Pandan di Johor Bahru pada Selasa.
Bagaimanapun, Encik Mohd Rashdan berkata bacaan itu kembali normal menerusi pemantauan kualiti udara yang dijalankan pada keesokan hari.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.