Skip to main content

Dunia

Kementerian Pendidikan Malaysia ambil alih pendidikan kanak-kanak terjejas akibat kes GISBH

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Pendidikan Malaysia ambil alih pendidikan kanak-kanak terjejas akibat kes GISBH

Gambar: Mohd RASFAN / AFP

Diterbitkan : 23 Sep 2024 01:18PM
PUTRAJAYA: Mulai 1 Oktober ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil alih aspek pendidikan bagi lebih 300 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi operasi serbuan ke atas premis Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH), kata Menteri Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek.

Beliau berkata program pendidikan untuk kanak-kanak tercicir berkenaan, yang tidak mendapat sebarang pendidikan formal sebelum ini, akan menggunakan modul khas di tempat perlindungan mereka sekarang.

"Proses pendidikan itu akan berlaku di tempat mereka dilindungi. Ketika ini mereka sedang melalui beberapa penilaian termasuk aspek 3M (membaca, menulis, mengira) dan psikososial.

"Selepas selesai semua sesi, baru KPM akan ambil alih bagi aspek pendidikan," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan KPM di Putrajaya pada Isnin (23 Sep).

Cik Fadhlina berkata pendidikan berdasarkan modul khas itu mengikut tiga kohort iaitu prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita