Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat M'sia peruntuk RM9.5 juta hadapi banjir tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar Hiasan: BERNAMA)
PASIR MAS: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntukkan RM9.5 juta (S$2.9 juta) sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh di seluruh Malaysia tahun ini.
Timbalan Menterinya, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata peruntukan tersebut disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan pengurusan banjir.
"Ia melibatkan penyediaan makanan, selimut dan keperluan lain kepada mangsa yang terjejas dengan bencana alam ini," katanya kepada para wartawan selepas merasmikan Program Kerjaya dan Keusahawanan Wanita Sempena Festival Pasir Mas 'Jjupo Mato' Keluarga Malaysia di Dataran Bandar Baru Pasir Mas, pada Jumaat (26 Ogos).
Mengulas lanjut, Cik Siti Zailah berkata seramai 7,000 pegawai JKM seluruh negara juga bersiap sedia untuk menjalankan tugas pengurusan bencana di negeri-negeri terlibat.
"KPWKM juga sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain bagi menghadapi banjir di negeri-negeri yang berisiko.
"Kami juga mendapat kerjasama sukarelawan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat yang juga sedia membantu dari pelbagai aspek sekiranya berlaku bencana banjir," katanya.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.