Skip to main content

Dunia

Kementerian Luar Palestin gesa tindakan global selepas rakyat diusir dari Baitulmakdis

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Luar Palestin gesa tindakan global selepas rakyat diusir dari Baitulmakdis

(Gambar: AFP)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 28 Mar 2026 02:43PM
RAMALLAH: Kementerian Luar Palestin pada Jumaat mengecam peningkatan aktiviti pengusiran oleh pihak berkuasa Israel terhadap rakyat Palestin di Baitulmakdis yang diduduki, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Menurut kementerian itu, ia termasuk pengusiran 15 keluarga baru-baru ini daripada rumah mereka di kawasan Batn al-Hawa di Silwan dan perintah perobohan segera yang tidak boleh dirayu untuk tujuh rumah di bandar Qalandiya.

Kementerian itu menegaskan tindakan itu memerlukan pendirian antarabangsa demi melindungi rakyat Palestin.

Kementerian berkenaan menggariskan apa yang berlaku di Baitulmakdis adalah sebahagian daripada rancangan untuk menjadikan ia kawasan Yahudi dan menghalau penduduk Palestin, yang bertujuan mengubah komposisi demografi bandar itu dalam tempoh terdekat.

Ia juga memberi amaran bahawa lebih 200 keluarga Palestin di Baitulmakdis Timur, yang terdiri daripada kira-kira 900 rakyat, berdepan risiko pemindahan paksa dan pengusiran yang akan berlaku akibat tindakan undang-undang.

Menurut kementerian itu, mahkamah berkenaan digunakan sebagai alat untuk mengukuhkan realiti yang menyalahi undang-undang dan tidak pernah berlaku sebelum ini dan untuk memberikannya legitimasi palsu di bandar.

Kementerian itu menyeru masyarakat antarabangsa termasuk semua negara dan pertubuhan antarabangsa, supaya mengambil langkah tegas dan lebih jitu untuk menghalang pemindahan paksa terhadap rakyat Palestin daripada berterusan, termasuk mengaktifkan alat tekanan diplomatik dan mengukuhkan kehadiran antarabangsa di lapangan bagi memberikan perlindungan kepada rakyat Palestin.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita