Kementerian luar main peranan aktif heret Israel ke ICC, ICJ, kata Timbalan Menteri Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP
KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Kementerian Luar sedang memainkan peranan aktif dalam membantu mendesak masyarakat antarabangsa mengheret isu kekejaman Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Dewan Negara Malaysia diberitahu.
Timbalan Menteri Luar Malaysia Mohamad Alamin berkata walaupun bukan ahli Statut Rom ICC, Malaysia masih boleh menyokong desakan masyarakat antarabangsa untuk mengheret Israel ke muka pengadilan berikutan kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
"Peranan itu termasuk kerjasama secara ad-hoc dengan Pejabat Pendakwa Raya ICC bagi menyokong siasatan selain membantu dari segi menyampaikan dokumen-dokumen perundangan atau memudahkan kehadiran saksi sukarela yang boleh menyokong kes itu apabila dikemukakan di ICC nanti," katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Negara hari ini (6 Dis).
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Noraini Idris mengenai peranan yang boleh dimainkan Malaysia dalam isu kekejaman Israel di Palestin.
Encik Mohamad berkata kerajaan Malaysia juga sudah mengemukakan kenyataan bertulis atau pandangan Malaysia yang diperlukan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kesan-kesan kekejaman Israel terhadap Palestin pada 25 Julai lalu.
"Kita juga akan mengambil bahagian untuk mengemukakan penyerahan lisan untuk tampil di ICJ pada 19 Februari tahun depan.
"Ini merupakan antara komitmen jitu negara untuk memperjuangkan hak rakyat Palestin dan menyokong desakan masyarakat antarabangsa untuk mengheret Israel ke muka pengadilan," katanya.
Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada Jumaat (1 Dis) selepas jeda kemanusiaan selama seminggu dengan Hamas tamat.
Sekurang-kurangnya 15,899 rakyat Palestin terbunuh manakala 42,000 lagi cedera dalam serangan udara dan darat Israel.

Sumber : Bernama/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.