Kementerian Komunikasi & Digital M'sia dapatkan maklum balas Maybank, Astro berhubung kebocoran data
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Malaysia memandang serius dakwaan kebocoran data maklumat melibatkan 13 juta rakyat Malaysia melalui sebuah lelaman dan telah mengarahkan supaya akses kepada lelaman berkenaan disekat.
Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil berkata notis sekatan telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi tujuan menghalang orang awam mengakses lelaman tersebut.
Pada masa ini juga, beliau berkata KKD melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Cybersecurity Malaysia (CSM) sedang mendapatkan maklum balas daripada Maybank dan Astro bagi memastikan kesahihan pemilikan data yang didakwa dibocorkan.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat (30 Dis), beliau berkata siasatan awal ke atas maklumat nombor akaun Maybank yang dipaparkan dalam lelaman yang tular itu mendapati akaun terlibat adalah tidak sah atau tidak wujud kerana transaksi tidak boleh dilakukan.
“Siasatan awal juga mendapati terdapat potensi data yang didakwa bocor adalah merujuk kepada insiden kebocoran yang berlaku pada 2018.
“Bagaimanapun, pengesahan rasmi daripada pihak berkaitan adalah diperlukan untuk tujuan siasatan terperinci di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709),” katanya.
Terdahulu, Encik Fahmi telah mengarahkan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Cybersecurity Malaysia (CSM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan lelaman itu yang menyenaraikan 3.5 juta maklumat pengguna Astro, 1.8 juta pengguna Maybank dan 7.2 juta pengguna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada Ahad (25 Dis) lepas kira-kira pukul 7.56 malam.

Maklumat yang dibocorkan didakwa melibatkan nama pengguna, nama penuh pengguna, tarikh lahir, alamat serta nombor kad pengenalan.
Encik Fahmi berkata siasatan kebocoran data SPR pula akan diserahkan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) untuk tindakan lanjut, memandangkan ia di luar bidang kuasa Akta 709.
Akta 709 memperuntukkan setiap syarikat pengguna data wajib mematuhi tujuh Prinsip Perlindungan Data Peribadi dalam mengendalikan data peribadi milik pelanggan bagi memastikan data peribadi tidak disalahgunakan.
Kegagalan mematuhi prinsip tersebut merupakan suatu kesalahan yang jika sabit kesalahan, pengguna data boleh didenda tidak melebihi RM300,000 (S$91,300) atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Encik Fahmi turut mengingatkan semua pengguna data agar sentiasa memastikan tahap keselamatan siber berada pada paras yang baik serta sentiasa mematuhi prinsip dan standard perlindungan data peribadi selaras Akta 709.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.