Kementerian Komunikasi & Digital M'sia akan pastikan lebih ramai rakyat keluar mengundi PRN akan datang
Anggaran Waktu Membaca:

Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Malaysia, Teo Nie Ching (Gambar: BERNAMA)
GEORGE TOWN: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Malaysia akan berusaha memastikan kehadiran lebih ramai pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.
Timbalan Menteri KKD Teo Nie Ching berkata KKD akan mengadakan perbincangan dengan semua agensi yang terlibat supaya maklumat mengenai PRN sampai kepada pengundi.
"Sebagai agensi kerajaan, tanggungjawab kita adalah pastikan bahawa lebih ramai pengundi keluar mengundi kerana itu merupakan tanggungjawab warga Malaysia tidak kira mana satu parti mereka sokong.
"Yang penting kita nak nampak pengundi yang keluar mengundi itu cukup tinggi dan banyak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Jabatan Penerangan Pulau Pinang pada Ahad (19 Feb).
Enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu perlu mengadakan PRN masing-masing, tahun ini.
Cik Teo berkata memastikan lebih ramai pengundi keluar mengundi pada hari pengundian PRN nanti adalah agenda KKD pada masa ini.
"Jadi untuk tempoh masa yang akan datang ini, kami juga akan membawa mesej ini kepada pengundi-pengundi enam negeri itu supaya kita siap sedia supaya hari mengundi, mereka akan keluar mengundi," katanya.
Pada Ahad, Cik Teo mengadakan lawatan kerja ke Pulau Pinang yang melibatkan sesi dialog bersama warga Jabatan Penerangan Pulau Pinang, melawat pejabat RTM Pulau Pinang dan sesi temu bual bersama stesen radio Mutiara FM.

Sumber : Bernama/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.