Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kementerian Komunikasi dan Digital M'sia akan panggil penganjur konsert Coldplay susuli tindakan 'ulat tiket'

Anggaran Waktu Membaca:
KUCHING: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil penganjur konsert Coldplay yang diadakan pada November depan bagi memahami sistem serta proses penjualan tiket mereka.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ini menyusuli rungutan orang ramai yang sukar mendapatkan tiket akibat ‘ulat tiket’ yang membeli dengan kuantiti banyak.
 
Katanya, perjumpaan itu juga akan membincangkan mengenai langkah-langkah boleh diambil penganjur agar perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.

“Antara perkara yang mungkin akan kita teliti ialah cara tiket itu dibeli sama ada perlu ada sekatan atau pun syarat-syarat tertentu dikenakan kepada penganjur.

“Kita juga sedang teliti peruntukan undang-undang yang ada sekiranya perlu kita ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan sebelum mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Abang Johari Openg di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Jumaat (19 Mei).

Coldplay, kugiran muzik terkemuka dunia, menjayakan konsert dalam siri jelajah Music Of The Spheres World Tour mereka di Malaysia pada November ini.

Ini merupakan konsert julung kalinya dipersembahkan kumpulan muzik dari Britian itu di Malaysia, yang dijadualkan pada 22 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan