Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kementerian Kewangan M'sia pertimbang bina Rumah Mesra Rakyat bagi mangsa banjir

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Kewangan M'sia pertimbang bina Rumah Mesra Rakyat bagi mangsa banjir

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 28 Dec 2022 04:14PM Dikemas Kini : 28 Dec 2022 06:19PM
JERTIH: Kementerian Kewangan Malaysia melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan mempertimbangkan untuk memberi kelulusan pembinaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada mangsa banjir di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Ahmad Maslan berkata mangsa banjir yang rumah mereka mengalami kerosakan sepenuhnya akibat bencana alam itu boleh memohon rumah di bawah SPNB.

“Petang esok (29 Dis) saya akan dapatkan data terperinci dengan SPNB tentang keperluan bantuan untuk rumah mangsa banjir yang musnah sama sekali yang boleh mereka (SPNB) bantu.

“Contohnya seperti tahun-tahun sebelum ini mangsa banjir yang rumah mereka rosak sepenuhnya akibat banjir di Kampung La memohon Rumah Mesra Rakyat atas usaha pemimpin setempat,” katanya kepada wartawan selepas program Lawatan dan Penyampaian Bantuan kepada 200 mangsa banjir di Sekolah Kebangaan (SK) Kampung La di Hulu Besut, dekat Jertih pada Rabu (28 Dis).

Tambahnya, pembinaan RMR di atas tanah sendiri tersebut merupakan satu kaedah untuk membantu mangsa banjir di Malaysia, namun ada bayaran bulanan dikenakan.

“Ia tidak percuma tetapi kaedah bayaran yang dikenakan tidak terlalu tinggi dan mampu milik selain ada jumlah subsidi yang tinggi dan rumah dibina oleh kontraktor tempatan.

“Permohonan ini hanya pilihan dan kerana kami juga turut mengalu-alukan bantuan rumah daripada pihak lain seperti baitulmal dan sebagainya,” katanya yang turut melawat tapak rumah mangsa yang musnah dihanyutkan banjir di kampung tersebut.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid ketika dihubungi Bernama pada Selasa (27 Dis) berkata berdasarkan maklumat, 11 rumah di Kampung La musnah 100 peratus selepas dihanyutkan air banjir yang deras manakala sebuah lagi mengalami kerosakan teruk dan terpaksa dibaiki sebelum boleh diduduki.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan