Skip to main content

Dunia

Kementerian Kesihatan Saudi tawar khidmat kesihatan maya semasa musim haji

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Kesihatan Saudi tawar khidmat kesihatan maya semasa musim haji

Kumpulan pertama jemaah haji tiba di Makkah dan menuju ke Masjidil Haram, menandakan permulaan persiapan bagi musim haji tahun ini, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 May 2026 11:27PM Dikemas Kini : 19 May 2026 11:28PM
RIYADH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi menerusi Hospital Maya Seha mengumumkan penerusan perkhidmatan konsultasi perubatan maya semasa musim haji 1447 Hijrah bagi meningkatkan akses penjagaan kesihatan serta menyediakan panduan perubatan tepat pada masanya kepada jemaah haji, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Perkhidmatan itu disediakan menerusi sistem digital bersepadu yang menawarkan konsultasi jarak jauh melalui talian bersepadu 937, aplikasi Sehhaty dan platform X, sekali gus membolehkan jemaah haji menerima sokongan perubatan tanpa perlu mengunjungi kemudahan kesihatan serta mengurangkan tekanan ke atas institusi perubatan di kawasan tanah suci.

Kementerian itu memaklumkan bahawa perkhidmatan 937 tersedia dalam tujuh bahasa iaitu Arab, Inggeris, Perancis, Turkiye, Parsi, Urdu dan Indonesia bagi membantu jemaah haji dari pelbagai negara.

Aplikasi Sehhaty turut menyediakan konsultasi segera menerusi audio, video dan teks, selain preskripsi elektronik serta kemudahan untuk menyemak laporan perubatan dan keputusan ujian.

Usaha itu menyokong sistem kesihatan digital bersepadu yang direka untuk meningkatkan pengalaman penjagaan kesihatan jemaah haji menerusi penyediaan perkhidmatan yang fleksibel, mudah diakses dan cekap sepanjang musim haji.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita