Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kementerian Kesihatan Saudi lancar khidmat robot bijak bagi jemaah di Madinah

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Kesihatan Saudi lancar khidmat robot bijak bagi jemaah di Madinah

Jemaah di luar Masjid Nabawi pada 24 Januari 2004. (Gambar: AFP)

MADINAH: Pihak berkuasa Kesihatan Arab Saudi di bandar Madinah melancarkan satu khidmat robot bijak bagi membantu para jemaah yang melawat Masjid Nabawi.

Robot berkenaan diletakkan di pekarangan bersebelahan masjid itu.

Menurut laporan agensi berita Saudi, robot tersebut, antara lain menyampaikan pesanan pendidikan dan nasihat kesihatan kepada para jemaah haji dalam 96 bahasa.

Sementara itu, pasukan sukarelawan daripada cawangan Kementerian Kesihatan di Madinah terus melakukan kerja lapangan, dengan lebih 12 pasukan bertugas sepanjang masa untuk berkhidmat bagi para jemaah.

Mereka menyediakan khidmat kesihatan dan darurat yang lain
semasa musim haji di Masjid Nabawi serta tempat-tempat kunjungan orang ramai termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz, dan Stesen Kereta Api Haramain, serta masjid Quba, Khandaq, Sayyid Al-Shuhada, dan Miqat Dhul-Hulaifah.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan