Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kementerian Kesihatan M'sia terikat etika kerahsiaan pesakit; tidak boleh dedah laporan kesihatan Najib

Laporan kesihatan mantan PM Najib Razak hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan tersebut, kata Dr Noor Hisham.

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Laporan kesihatan Najib Razak tidak boleh didedahkan kepada umum kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terikat dengan tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012), lapor Astro Awani.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata laporan kesihatan mantan perdana menteri itu juga hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan tersebut.

Dr Noor Hisham menambah Encik Najib dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan oleh pakar perubatan menyusuli perintah Mahkamah Tinggi pada 12 September lalu.

Ini selepas keadaan kesihatannya tidak memuaskan dan ini selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara, menurut Astro Awani.

"Penyiasatan klinikal, perawatan dan pemantauan telah dijalankan oleh pihak KKM dan laporan perubatan akan dikemukakan kepada mahkamah (atas perintah mahkamah).

"Namun, pada masa yang sama KKM mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012)," katanya dalam hantaran yang dimuat naik ke Facebook pada Khamis (22 Sep), seperti dipetik Astro Awani.

Sejak beberapa hari lalu, tersebar di media sosial dakwaan mengatakan layanan istimewa diberikan kepada Encik Najib yang dirujuk dengan nama 'Kod Merpati'.

Dakwaan itu antara lain membabitkan pengubahsuaian ruang penjara bagi Encik Najib, selain laporan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur minggu lalu dan Hospital Rehabilitasi Cheras semalam kerana masalah kesihatan.

Encik Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan