Kementerian Kesihatan M'sia sasar 10 juta rakyat kekal sihat 10 tahun akan datang
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sekurang-kurangnya sepuluh juta rakyat Malaysia kekal sihat dalam tempoh sepuluh tahun akan datang dan cadangan itu dimasukkan ke dalam Kertas Putih Kesihatan yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata cadangan itu adalah antara fokus utama Kertas Putih Kesihatan dari segi kualiti perkhidmatan.
“Jadi tema besar adalah bagaimana kita dapat mewujudkan satu sistem, sistem yang ada kualiti perkhidmatan dan sistem yang ada langkah-langkah pencegahan yang dapat memastikan sepuluh juta rakyat kita kekal sihat dalam tempoh sepuluh tahun.
“Kita ambil angka tersebut sebab melalui perkiraan kasar kita, sejumlah sejuta rakyat Malaysia jatuh sakit setiap tahun disebabkan penyakit yang sebenarnya dapat dielakkan,” katanya di sidang media selepas menjadi antara panel sesi Dialog Polisi ‘The Future of Our Healthcare’ sempena Sidang Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 di Kuala Lumpur pada Selasa (16 Ogos).
Beliau berkata cadangan itu bermaksud sepuluh juta rakyat Malaysia tidak akan dirujuk ke hospital akibat kencing manis, sakit jantung, hipertensi, kolesterol tinggi dan sebagainya.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.