Skip to main content

Dunia

Kementerian Kesihatan M'sia mansuh Kad Pengembara untuk masuk negara itu

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Kesihatan M'sia mansuh Kad Pengembara untuk masuk negara itu

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 01 Aug 2022 12:58PM Dikemas Kini : 01 Aug 2022 12:59PM
KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa Isnin (1 Ogos), semua pelawat yang memasuki Malaysia tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Kad Pengembara dalam aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Dalam kenyataannya, beliau memaklumkan kelonggaran itu diputuskan berikutan keadaan sistem kesihatan kini berada pada tahap baik dan terkawal serta bertujuan untuk memudahkan prosedur kemasukan pengembara ke Malaysia.

Menurut Encik Khairy, Kementerian Kesihatan (KKM) akan sentiasa mempergiatkan aktiviti pemantauan gejala dalam kalangan pengembara di semua pintu masuk antarabangsa (PMA) Malaysia.

“Semasa ketibaan di PMA, sekiranya pengembara dikesan demam melalui pengimbas suhu ataupun didapati tidak sihat melalui rujukan kendiri oleh pengembara, mereka akan dirujuk untuk pemeriksaan semula oleh pihak kesihatan,” katanya.

Encik Khairy turut mendedahkan bahawa selepas penilaian kesihatan dibuat dan sekiranya disyaki menghidap penyakit berjangkit seperti COVID-19, cacar monyet (monkeypox), MERS-CoV atau lain-lain, mereka akan dirujuk ke kemudahan kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Justeru, beliau berkata semua pengembara yang baru tiba dari luar negara hendaklah mengamalkan pemantauan status kesihatan kendiri, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan dinasihatkan supaya ke kemudahan kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan sekiranya didapati tidak sihat.
Sumber : Bernama/AW/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita