Kementerian Kesihatan M'sia cadang majikan beri cuti tambahan untuk pekerja jalani saringan kesihatan
Anggaran Waktu Membaca:
REMBAU: Kementerian Kesihatan Malaysia mencadangkan agar majikan memberikan cuti tambahan sehari kepada pekerja untuk menjalani saringan kesihatan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata kerjasama majikan awam dan swasta adalah penting dalam memastikan pekerja dapat melakukan pemeriksaan kesihatan dan meminta Kementerian Kewangan melihat peraturan yang boleh dibuat supaya majikan di negara ini memberikan cuti itu.
"Apabila pekerja mahu melakukan pemeriksaan kesihatan, kebiasaannya setahun sekali, diharap majikan dapat berikan cuti, kadang-kadang apabila mahu melakukan saringan kesihatan, mereka terpaksa ambil cuti.
"Saya mohon majikan bagi cuti untuk tujuan saringan kesihatan sehari setahun kepada pekerja," katanya kepada wartawan selepas merasmikan Program Merdeka@Parlimen Rembau di Balai Raya Kampung Seri Kendong pada Ahad (11 Sep).
Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Zaaba Abu Bakar.
Encik Khairy juga berkata majikan perlu mengambil kira situasi pekerja yang mungkin tiada masa untuk melakukan saringan kesihatan pada hujung minggu.
"Waktu bekerja tidak boleh pergi, hari minggu sibuk dengan keluarga. Akhirnya mereka tidak dapat buat saringan kesihatan.
"Perkara ini saya sudah minta untuk Belanjawan 2023 akan datang kerana ia ada kesan kepada majikan," kata beliau.
Media pada Julai melaporkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan perkara itu masih lagi rendah yang menyaksikan 53 peratus rakyat Malaysia tidak menjalani saringan kesihatan sejak setahun lepas.
Pada program hari ini, Encik Khairy dalam ucapannya berkata kebersamaan rakyat adalah penting bagi memastikan negara dapat mengharungi cabaran COVID-19 dalam negara.
Beliau berkata kerjasama dan sokongan rakyat mendorong Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik COVID-19 hasil pematuhan terhadap keselamatan kesihatan awam keseluruhannya.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.