Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kementerian Kesihatan M'sia arah tarik balik dua mi segera ada ethylene oxide

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Kesihatan M'sia arah tarik balik dua mi segera ada ethylene oxide

(Gambar: Jabatan Kesihatan Taipei)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan pihak syarikat untuk menarik balik penjualan dua produk mi segera secara sukarela, lapor Sinar Harian.

Ini susulan Pihak Berkuasa Kesihatan Taiwan mendapati terdapat ethylene oxide dalam Mi Kari Putih Penang Ah Lai dari Malaysia dan Mi Segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial dari Indonesia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, ethylene oxide adalah sebatian gas kimia yang dikaitkan dengan kandungan bahan mendorong barah. Ia sering digunakan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga. 

Menurutnya, bagi sampel mi segera produk tempatan mendapati ia mematuhi perundangan.

“Namun, bagi memastikan kawalan keselamatan makanan berterusan, pihak kementerian telah mengeluarkan arahan kepada pihak syarikat untuk penarikan balik secara sukarela produk tersebut yang mempunyai tarikh luput 25 Ogos 2023 dari pasaran tempatan sekiranya ada," kata beliau  seperti dinukil laporan Sinar Harian.  

“Seterusnya, berdasarkan semakan data dari Food Safety Information System of Malaysia, Kemneterian  juga mengesahkan bahawa terdapat kemasukan produk mi segera keluaran negara Indonesia ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (26 Apr).

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Jabatan Kesihatan Taipei mengesahkan dua jenama mi segera dari Asia Tenggara itu mengandungi bahan yang boleh mendorong kepada barah.

Dr Muhammad Radzi berkata, bagi produk mi segera jenama dari Indonesia, pihak kementerian  telah mengeluarkan arahan untuk tindakan Tahan, Uji dan Lepas di semua pintu masuk negara.

Bukan itu sahaja, beliau turut meminta pihak syarikat menarik balik secara sukarela produk terlibat dari pasaran.

Pada masa sama, Dr Muhammad Radzi menjelaskan isu penarikan semula produk keluaran negara Indonesia yang mengandungi Ethylene Oxide pada tahun 2022.

“Kementerian Kesihatan  melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan keselamatan makanan berterusan ke atas produk makanan berkaitan yang dijual di pasaran tempatan mahupun import.

“Hasil pemantauan dari 2022 sehingga kini ke atas 36 sampel produk mi segera pelbagai jenama di pasaran tempatan mendapati 11 daripadanya mengandungi ethylene oxide dan tindakan penguatkuasaan telah diambil,” ujarnya.

Tambah beliau, tindakan itu termasuklah kompaun, perintah mahkamah dan juga penarikan balik produk dari pasaran.

Sumber : Agensi berita/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan