Skip to main content

Dunia

Kementerian Kesihatan Malaysia panggil kakitangan terlibat dalam kecuaian proses berkhatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memanggil kakitangan yang terlibat dalam kes tuntutan saman seorang remaja kerana mengalami kecacatan kekal akibat kecuaian semasa proses berkhatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Kesihatan Malaysia panggil kakitangan terlibat dalam kecuaian proses berkhatan

(Gambar hiasan: Mediacorp)

Diterbitkan : 01 Dec 2018 01:53PM Dikemas Kini : 01 Dec 2018 02:56PM

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memanggil kakitangan yang terlibat dalam kes tuntutan saman seorang remaja kerana mengalami kecacatan kekal akibat kecuaian semasa proses berkhatan.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata walaupun ia kes terpencil, namun perkara sebegitu perlu diberi perhatian supaya ia tidak meresahkan masyarakat untuk menyertai dan melaksanakan program berkhatan yang lain.

"Jika ada apa-apa juga kemalangan dan kesilapan, kita akan menyusuli untuk menanganinya. Perkara itu (kecuaian pelaksanaan proses berkhatan) jarang berlaku tapi jika berlaku, ia perlu diberi perhatian.

"Saya akan panggil kakitangan yang terlibat untuk beritahu apa yang sudah berlaku. Namun saya yakin, perkara ini akan dapat ditangani dengan baik," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan program berkhatan amal di Klinik Wakaf An-Nur, Masjid Nurul Iman Ijok, pada Sabtu (1 Dis).

Beliau berkata demikian bagi mengulas tuntutan saman yang dibuat semalam (30 Nov) oleh seorang remaja berusia 18 tahun ekoran kepala alat sulitnya terputus ketika berkhatan lapan tahun lalu.

Remaja itu melalui ibunya, selaku plaintif memfailkan saman terhadap seorang pembantu perubatan dan lima lagi kerana cuai sehingga menyebabkannya mengalami kecacatan sepanjang hayat.

Dalam saman itu, plaintif menamakan pembantu perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang (defendan pertama), pegawai perubatan dan pengarah hospital itu (defendan kedua dan ketiga), doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang (defendan keempat dan kelima) serta Kerajaan Malaysia (defendan keenam).

Berdasarkan pernyataan tuntutan plaintif, remaja itu berumur 10 tahun ketika kejadian itu berlaku dan mendakwa defendan pertama tidak mengikut prosedur yang ditetapkan kerana sudah memotong keseluruhan kepala kemaluannya atau 'glans penis'.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita