Skip to main content

Dunia

Kementerian Kesihatan Malaysia keluar arahan dos penggalak ketiga dalam masa terdekat

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Kesihatan Malaysia keluar arahan dos penggalak ketiga dalam masa terdekat

Menteri Kesihatan Malaysia Dr Dzulkefly Ahmad. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 14 Dec 2023 02:54PM Dikemas Kini : 14 Dec 2023 02:55PM
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengeluarkan arahan untuk dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi dalam masa terdekat berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata bekalan vaksin masih mencukupi dan belum mencapai tarikh luput selain ia berkesan melindungi orang ramai daripada jangkitan mutasi dan varian baharu COVID-19 untuk pelaksanaan dos penggalak ketiga.

"Dos penggalak perlu untuk melindungi kumpulan rentan termasuk warga emas dan golongan komorbid yang mudah terdedah kepada risiko dan kesan memudaratkan.

"Kami sedar ada sedikit peningkatan kes (COVID-19) dan mutakhir adalah dalam lebih 12,000. Saya telah memberitahu Kabinet semalam untuk maklum kepada Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) dah ahli (Kabinet) akan situasi ini dan wajar kita berikan perhatian,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementeriannya pada Khamis (14 Dis).

Pada Rabu, kes COVID-19 dalam negara dilaporkan meningkat kepada 12,757 kes pada Minggu Epidemiologi ke-49 iaitu dari 3 hingga 9 Dis lepas berbanding 6,796 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Kadar kemasukan pesakit COVID-19 termasuk pesakit yang disyaki COVID-19 ke fasiliti kesihatan meningkat 1.4 peratus berbanding minggu sebelumnya serta pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) juga meningkat 1.4 peratus.

Beliau berkata peningkatan itu terkait dengan pergerakan orang merentas negeri menjelang cuti akhir tahun tanpa memakai pelitup muka dan keadaan cuaca.

"Adalah wajar diberi perhatian dan dalam keadaan sesak sebaiknya gunakan pelitup muka dan juga bagi individu bergejala, supaya dapat selamatkan orang lain dengan pelitup muka," katanya.

Ditanya keperluan saringan ketat di pintu masuk negara, Encik Dzulkefly berkata langkah intervensi dan mitigasi yang sesuai akan diambil segera sekiranya diperlukan.

"Semua ini kriteria yang jelas andai keperluan itu timbul, kita dengan segera akan mengambil langkah intervensi dan mitigasi yang lebih sesuai. Kita tidak mahu terlalu cemas, tapi kita juga tidak ambil mudah,” katanya.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita