Skip to main content

Dunia

Kementerian Kesihatan Malaysia akan haramkan vape

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Kesihatan Malaysia akan haramkan vape

Sebuah kedai yang menjual vape dan pelbagai aksesori elektronik di KSL City Mall. (Gambar: CNA)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 12 Sep 2025 07:51AM
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam proses merangka Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenai pengharaman vape bagi memastikan pelaksanaannya dirancang secara intensif dan menyeluruh.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata butiran dan fasa pelaksanaan pengharaman vape akan dibentangkan kepada Kabinet setelah ia selesai dirangka, maka semua pihak perlu bersabar menunggu pengumuman lanjut termasuk bila, bagaimana dan fasa-fasa seterusnya. 

"Saya tidak boleh mendahului keputusan yang akan dibuat oleh Kabinet. Perdana Menteri Anwar Ibrahim sangat menyokong usaha ini dan meminta saya memastikan bahawa ia teratur (in order) dan kita akan bentangkan pada masa yang tepat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas melancarkan Majlis Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu (MPSI) Sedunia Peringkat Kebangsaan Peringkat Hospital PUSRAWI 2025 pada Khamis (11 Sep).

Pada 23 Ogos lalu, Dr Dzulkefly dilaporkan berkata MJM berhubung pengharaman vape akan dibentangkan kepada Kabinet selewat-lewatnya hujung tahun ini dan KKM sudah membentangkan laporan cadangan awal jawatankuasa kepakaran dalam mesyuarat Kabinet.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita