Skip to main content

Dunia

Kementerian Kesihatan M'sia tidak jangka peningkatan mendadak COVID-19

Hanya dua kes COVID-19 melibatkan warga asing di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) sedang menunggu hasil ujian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Kesihatan M'sia tidak jangka peningkatan mendadak COVID-19

Seramai 4,908 warga asing disaring dan daripada jumlah itu, seramai 736 didapati positif. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 07 Jun 2020 09:35AM Dikemas Kini : 07 Jun 2020 09:40AM

PUTRAJAYA: Hanya dua kes COVID-19 melibatkan warga asing di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) sedang menunggu hasil ujian, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ia melibatkan tahanan di DTI Bukit Jalil yang menunggu keputusan saringan kali kedua.

"Dengan itu kita tidak akan menjangkakan kes mendadak sehingga tiga digit seperti sebelum ini," katanya di sidang media harian perkembangan COVID-19 semalam (6 Jun).

Semua tahanan di tiga DTI iaitu Semenyih, Sepang dan Putrajaya (DTI sementara) masing-masing sudah selesai disaring.

Untuk keempat-empat DTI itu, seramai 4,908 individu disaring dan daripada jumlah itu, seramai 736 didapati positif, katanya.

Dr Noor Hisham berkata mereka yang positif sudah diasingkan dan yang negatif pada sampel pertama dikuarantin.

"Sekarang ini kita melaksanakan ujian saringan kedua dan di ujian kedua ini kita dapati ada dalam kalangan mereka positif sebab mereka telah terdedah (kepada pesakit positif) dan kita pun dah asingkan dan tempatkan mereka di hospital sementara MAEPS, jadi terkawal sebab mereka di dalam DTI," katanya.

Beliau berkata Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan ketika ini berkesan dalam mengawal penularan wabak COVID-19 dengan ketika ini kes membabitkan rakyat Malaysia sudah mencapai satu angka.

Katanya lagi, pihaknya menjangkakan kes mendadak selepas sambutan Aidilfitri namun ia tidak berlaku.

Ditanya mengenai kriteria bagi pembukaan semula kedai gunting dan dandanan rambut serta salun kecantikan, beliau berkata sekiranya penularan dapat dikawal seperti selepas sambutan hari raya, sudah tiba masanya sektor yang lain dibuka untuk beroperasi.

"Sekarang ini kita memantau dengan prosedur operasi standard (SOP) dan juga dari segi pematuhan kepada SOP tersebut,” katanya.

Sumber : Bernama/AW/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita