Skip to main content

Dunia

Kementerian Kesihatan M'sia siasat jenama biskut popular susuli dakwaan mengandungi bahan penyebab barah

Divisyen Mutu dan Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan pemeriksaan ke atas tempat yang menghasilkan tiga jenama popular biskut di negara itu selepas sebuah kumpulan di Hong Kong mendakwa menemui bahan-bahan yang menyebabkan barah dalam produk tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Divisyen Mutu dan Keselamatan Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan pemeriksaan ke atas tempat yang menghasilkan tiga jenama popular biskut di negara itu selepas sebuah kumpulan di Hong Kong mendakwa menemui bahan-bahan yang menyebabkan barah dalam produk tersebut.

"Kami maklum tentang isu yang diketengahkan majalah CHOICE seperti tertera dalam laman Majlis Pengguna Hong Kong berhubung pemantauan 60 jenama produk kuih termasuk biskut, yang dijual di pasaran Hong Kong.

"Acrylamide dan glycidol mungkin adalah bahan tercemar yang dihasilkan semasa proses menghasilkan makanan, namun bahan-bahan tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses-proses yang sesuai," menurut divisyen itu dalam satu kenyataan pada Jumaat (22 Okt), seperti dinukil Malay Mail.

Antara jenama yang tersenarai termasuk biskut Hup Seng, Jacobs dan Julie's yang dihasilkan di Malaysia.

Jabatan itu menyatakan premis pengeluaran makanan di Malaysia mesti melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) seperti MeSTI, GMP, HACCP dan lain-lain seperti tertera dalam Peraturan 9 di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

"Pelaksanaan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) akan bantu mengenal pasti risiko dan mengurangkan bahaya lebih lanjut atau menghapuskan sebarang pencemaran makanan.

"Menjadi tanggungjawab industri untuk memastikan bahawa produk yang dihasilkan adalah selamat," tambahnya, seperti dinukil Malay Mail.

Berdasarkan siasatan awal, divisyen itu menyatakan bahawa premis kilang terbabit merupakan pemegang sijil HACCP.

Pada Isnin (18 Okt), Majlis Pengguna Hong Kong menyatakan bahawa ia menguji 60 sampel biskut yang dijual di Hong Kong dan mendapati hampir kesemuanya mengandungi glycidol dan acrylamide.

Kumpulan itu menyatakan 56 sampel mengandungi kadar tinggi 3-MCPD - iaitu sejenis sebatian organik kimia yang dikatakan dapat menjejas buah pinggang dan kesuburan lelaki.

Ia juga mendapati sekitar 85 peratus sampel itu mempunyai kandungan tinggi sodium, gula dan lemak.

Selain itu, label mengenai kandungan khasiat pada produk-produk itu didapati tidak tepat bagi 40 peratus sampel yang diuji.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita