Kementerian Kesihatan M'sia siasat 2 kematian budak dikaitkan dengan influenza
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu (15 Jan) menyatakan pihaknya sedang menyiasat dua kes kematian kanak-kanak yang dikaitkan dengan jangkitan influenza, baru-baru ini.
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu (15 Jan) menyatakan pihaknya sedang menyiasat dua kes kematian kanak-kanak yang dikaitkan dengan jangkitan influenza, baru-baru ini.
Menurut kenyataan KKM itu lagi, kadar kemasukan pesakit ke hospital akibat jangkitan pernafasan yang dikaitkan dengan influeza, juga meningkat di merata Malaysia, sejak minggu terakhir Disember 2019.
Merujuk kepada berita-berita yang tular di media sosial tentang kematian seorang kanak-kanak perempuan 7 tahun, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, KKM menyatakan pesakit tersebut dirujuk dari sebuah hospital swasta pada 10 Januari 2020 dalam keadaan yang sangat kritikal.
Budak itu menerima bantuan pernafasan dan rawatan rapi oleh pasukan perubatan yang diketuai pakar-pakar perubatan pediatrik.
Namun keadaan pesakit semakin tenat dan disahkan meninggal dunia pada 13 Januari lalu pada jam 10.48 malam.
Walaupun ujian sampel klinikal kanak-kanak itu adalah negatif bagi jangkitan influenza, siasatan masih diteruskan.
Mengenai seorang lagi kanak-kanak lelaki 12 tahun yang dilaporkan meninggal dunia pada 12 Januari lalu pula, KKM menyatakan siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.
Budak lelaki itu dibawa oleh ibu bapanya ke Jabatan Kecemasan sebuah hospital swasta di Selangor pada 11 Januari 2020 dalam keadaan yang kritikal.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.