Kementerian Kesihatan Gaza terima lebih 1 juta dos vaksin polio
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: MOHAMMED ABED / AFP
BAITULMAKDIS: Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan pada Ahad (25 Ogos) bahawa pihaknya menerima 1.26 juta dos vaksin polio, lapor Agensi Anadolu.
"Sebanyak 1.26 juta dos vaksin polio OPV2 telah tiba bersama dengan 500 peti penyejuk vaksin.
"Persediaan sedang dijalankan untuk melancarkan kempen vaksinasi ini dengan kerjasama rakan-rakan kongsi," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Pada 16 Ogos, kementerian itu mengumumkan kes pertama polio di Carikan Gaza dalam tempoh 25 tahun di bandar Deir al-Balah.
Kes itu melibatkan seorang bayi berusia 10 bulan yang belum menerima sebarang dos vaksin polio.
Penyakit itu terutamanya memberi kesan kepada kanak-kanak bawah umur lima tahun, dengan satu daripada 200 jangkitan membawa kepada lumpuh.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara lima hingga 10 peratus daripada mereka yang mengalami lumpuh meninggal dunia disebabkan kegagalan otot pernafasan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.