Kementerian Kesihatan Arab Saudi sediakan khidmat jagaan kesihatan 24 jam bagi jemaah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: SPA)
MAKKAH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi akan terus menyediakan khidmat penjagaan kesihatan 24 jam bagi jemaah di Makkah pada Ramadan ini, dedah para pegawai.
Dr. Wael Motair, pengarah direktorat Ehwal Kesihatan Makkah di kementerian tersebut, memberitahu Arab News bahawa tiga pusat kecemasan disediakan untuk jemaah haji, tujuh hari seminggu.
Pusat kecemasan di masjid berada di aras pertama kawasan Raja Fahd yang diluaskan, pusat kecemasan kedua berada di Saudi Portico, yang dikenali sebagai Pintu Masuk Safa, dan yang ketiga berada di aras pertama berdekatan jambatan Ajyad.
Hospital Kecemasan Ajyad dan hospital Masjidil Haram berada di halaman utara kawasan Raja Abdullah yang diluaskan.
Dr Motair berkata "sebagai sebahagian daripada peranannya bersama Pihak Berkuasa Kesihatan Am di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Kementerian Kesihatan sedang menawarkan khidmat penjagaan utama, kesihatan dan maklumat kepada jemaah, supaya mereka dapat mendapatkan khidmat kesihatan bermutu tinggi sepanjang Ramadan."
Beliau menambah 170 sukarelawan terlibat dalam projek Sawaed tahun ini, dengan menawarkan khidmat penjagaan, dan dibahagikan kepada enam pasukan di Masjidil Haram.
Selain melayani 200 hingga 900 individu sehari sepanjang Ramadan, pasukan sukarelawan tersebut juga membawa pesakit ke klinik di mana mereka akan dirawat.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.