Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kementerian Kesihatan Arab Saudi sediakan khidmat dapatkan vaksin demam selesema musiman di rumah

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan satu inisiatif baru dengan kerjasama syarikat Careem bagi membolehkan penduduk membuat permintaan bagi kereta vaksinasi demam selesema musiman. 

Mulai 28 Disember, penduduk di Arab Saudi boleh membuat permintaan bagi kereta itu untuk mendapatkan vaksin demam selesema musiman. 

Pasukan perubatan akan tiba di rumah individu berkenaan bagi menyediakan khidmat suntikan vaksin tersebut kepada mereka, lapor Saudi Gazette. 

Khidmat itu ditawarkan di Riyadh, Madinah, Dammam dan Jeddah antara pukul 5.00 petang hingga 9.00 malam. 

Mereka yang ingin mendapatkan khidmat tersebut harus memuat turun aplikasi Careem dan membuat permintaan bagi kereta vaksinasi tersebut melaluinya.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan