Kementerian Kerja Raya M'sia bersiap sedia hadapi banjir jelang musim tengkujuh

(Gambar: BERNAMA)
KUALA LIPIS: Kementerian Kerja Raya (KKR) bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir ekoran musim tengkujuh yang dijangka melanda negara itu tidak lama lagi.
Menteri Kanan Kerja Raya Seri Fadillah Yusof berkata persediaan itu termasuk pengendalian bilik gerakan bencana pasukan itu di peringkat negeri dan daerah mengikut keperluan semasa.
“Kami juga akan siap siaga dengan jentera kami dan menerusi langkah-langkah ini, kami akan pastikan jalan di lokasi banjir sentiasa boleh dilalui.
"Sekiranya jalan tersebut tidak dapat dilalui, kita akan bekalkan maklumat berhubung jalan alternatif yang ada sebagai panduan pasukan keselamatan yang turun membantu mangsa banjir terutama mereka yang membawa bekalan ubat-ubatan dan makanan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas melawat lokasi runtuhan cerun di Jalan Bentong - Gua Musang.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Wira Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman dan Ketua Pengarah Kerja Raya Ir Mohamad Zulkefly Sulaiman.
Cik Fadillah berkata tumpuan KKR bukan sahaja di negeri yang kerap dilanda banjir seperti di pantai timur, tetapi semua negeri yang berpotensi banjir berdasarkan sejarah sebelum ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.