Kementerian Dalam Negeri M'sia rampas jam tangan Swatch dipercayai berunsur LGBT
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi, yang sering dikaitkan dengan masyarakat LGBT.
Serbuan selama dua hari pada 13 dan 14 Mei itu diadakan di butik Swatch yang terletak di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah, lapor BH Online.
Lima lagi butik diberi amaran iaitu di Kuala Terengganu City Centre, AEON Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek Jr, memaklumkan terkejut dan kecewa dengan rampasan yang dilakukan itu.
Beliau berkata pihaknya menyokong kepelbagaian dan inovasi yang ditonjolkan.
"Swatch berbangga menjadi kanvas pada tangan pemakai jam jenama kami, yang merangkumi pelbagai jenis individu di serata dunia serta karyawan yang bekerjasama dengan kami.
"Jenama ini diminati kerana kreativiti dan rampaian warna yang menghiasi kualiti jam keluaran Switzerland. Kami tidak berasakan koleksi jam yang menggunakan warna pelangi dengan mesej kedamaian dan kasih sayang boleh membahayakan orang lain.
"Sebaliknya, Swatch sentiasa mempromosikan mesej positif berkaitan kegembiraan dalam hidup. Mesej ini tidak bersifat politik.
"Dalam hal ini, timbul tanda tanya adakah Bahagian Penguat Kuasa dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri akan 'merampas' pelangi yang muncul secara semula jadi yang terdapat di langit," kata Encik Hayek seperti dipetik portal The Options.
Encik Hayek menambah sejak dahulu lagi, jenama jam itu dikenali dengan kepelbagaian warna dan rekaan yang bertujuan meraikan kepelbagaian individu daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Dalam pada itu, beliau berharap supaya jam tangan yang dirampas itu dikembalikan semula kepada pihaknya.
Sebelum ini, kontroversi serupa timbul berhubung berita tentang konsert Coldplay yang dijadualkan diadakan di Malaysia. Parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) mahu konsert itu dibatalkan kerana sokongan kugiran itu terhadap gerakan LGBTQ.
Dalam responsnya kepada perkara itu, Menteri Digital dan Komunikasi Fahmi Fadzil kemudian membela kugiran terkemuka dunia itu dengan mengatakan bahawa Coldplay juga memperjuangkan usaha menyokong Palestine dan pembersihan sungai di negara itu.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.