Skip to main content

Dunia

Kementerian Dalam Negeri M'sia persoal proses UNHCR beri kad pelarian

Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia pada Jumaat (27 Mei) mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) memberikan kad pengesahan pelarian kepada beberapa individu warga Indonesia.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Dalam Negeri M'sia persoal proses UNHCR beri kad pelarian

Menteri Dalam Negeri Malaysia Hamzah Zainudin (dua dari kiri) menghadiri Operasi Penguatkuasaan Imigresen terhadap warga asing di sekitar Pasar Besar Meru Klang. (Gambar: BERNAMA)

KAPAR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia pada Jumaat (27 Mei) mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) memberikan kad pengesahan pelarian kepada beberapa individu warga Indonesia.

Menterinya, Encik Hamzah Zainuddin berkata menerusi operasi penguatkuasaan, pihaknya berjaya mengesan beberapa warga Indonesia yang didapati memiliki kad pelarian yang dikeluarkan oleh UNHCR.

“Macam mana UNCHR mengeluarkan kad sewenang-wenangnya, sehinggakan dengan ada kad ini, seolah-olah sah untuk mereka tinggal dalam negara,” kata beliau dalam sidang media selepas Operasi Penguatkuasaan Imigresen bersama Menteri Dalam Negeri di Pasar Besar Meru dekat Kapar, Selangor.

Operasi malam semalam menyaksikan daripada 704 warga asing yang diperiksa, 51 pendatang ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan imigresen.

Sementara itu, mengulas kegagalan sistem di Pejabat Imigresen Kelana Jaya yang dilaporkan sebuah portal pada Jumaat, Encik Hamzah berkata ia bukan sahaja berlaku di pejabat berkenaan tetapi juga di pejabat imigresen di tempat lain.

“Saya nak maklumkan kepada semua sebenarnya kita gunakan ini (dalam talian) adalah sistem yang lama. Maka sudah tentulah sistem lama dah terlampau ramai, dia ada ‘jammed’ sedikit. Sebab itu kita telah pun ‘award’ kepada satu syarikat sistem yang baru dan mereka sedang jalan (proses itu) dan insya-Allah tahun 2024 siap semuanya, kita boleh guna sistem yang lebih canggih dan bagus,” terang beliau.
 
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita