Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kementerian Dalam Negeri M'sia perkenal syif baru bagi petugas pintu sempadan Johor-SG

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan memperkenalkan waktu kerja syif yang baru kepada para anggota Imigresen yang bertugas di pintu sempadan Johor-Singapura bermula 28 Mei.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, penambahbaikan waktu kerja syif baru itu melibatkan pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), lapor Astro Awani.

"Sekarang ini waktu bekerja syif adalah syif pagi 7.00 pagi hingga 4.00 petang, syif petang pula dari 3.00 petang hingga 11.00 malam dan syif malam bermula 11.00 malam hingga 8.00 pagi.

"Hari ini saya nak mengumumkan bahawa waktu bekerja syif ini kita tambah baik, syif pagi 9.00 pagi-6.00 petang, syif petang 4.00 petang-12.00 tengah malam dan syif malam 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Putrajaya pada Selasa (16 Mei), menurut Astro Awani.

Turut hadir, Timbalan Menterinya, Shamsul Anuar Nasarah.

Tambah Encik Saifuddin, latihan sudah dijalankan selama seminggu dan mendapati dapat membantu melancarkan pengoperasian ketika waktu puncak antara pukul 4.00 pagi hingga 8.00 pagi.

"Waktu puncak di situ di antara jam 4.00 pagi hingga 8.00 pagi. Jadi kita tidak mahu langsung ada gangguan di situ, sebelum kita umum kita dah buat 'dry run' dan ternyata ia membantu untuk mengurangkan kesesakan."

"Jadi mulai Ahad (21 Mei) depan bermulalah syif baru ini setelah kita buat 'dry run' baru-baru ini," jelasnya kepada Astro Awani.

Tambahnya, pelaksanaan waktu syif kerja yang baru itu dijangka melibatkan kira-kira 1,600 anggota Imigresen di pintu sempadan tersebut.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan