Skip to main content

Dunia

Kementerian Arab Saudi pertingkat program bimbingan umrah di hotel sekeliling Masjidil Haram

Anggaran Waktu Membaca:
Kementerian Arab Saudi pertingkat program bimbingan umrah di hotel sekeliling Masjidil Haram

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 04 Jul 2026 11:32PM Dikemas Kini : 04 Jul 2026 11:42PM
MAKKAH: Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi mempergiat program kesedaran dan bimbingan di surau hotel sekitar Masjidil Haram sempena permulaan musim umrah 1448 Hijrah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Program itu bertujuan menyediakan panduan agama yang penting kepada jemaah umrah di kawasan penginapan mereka sepanjang musim cuti musim panas.

Kempen itu menawarkan syarahan dan kuliah agama dalam pelbagai bahasa selepas setiap solat fardu.

Sesi itu menerangkan hukum-hakam umrah yang betul, adab ketika mengunjungi Masjidil Haram serta memberikan jawapan secara langsung kepada pertanyaan jemaah bagi membantu mereka menunaikan ibadah dengan lebih mudah dan sempurna.

Bagi memperluas capaian serta meningkatkan mutu perkhidmatan selaras dengan Wawasan 2030 Arab Saudi, kementerian itu turut memasang layar elektronik di surau berkenaan bagi menyiarkan bahan pendidikan dan bimbingan secara berterusan dalam beberapa bahasa, sekali gus memastikan maklumat penting dapat diakses oleh semua pengunjung.

-- BERNAMA-SPA

 
TAG: Arab Saudi, umrah, program bimbingan, kesedaran, jemaah umrah









 
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita